Memahami prinsip diet rendah kolesterol
Jika anda inginkan kesihatan serta badan yang ideal, anda perlu memahami prinsip diet rendah kolesterol ini. Hal ini bermaksud, ada sesentegah makanan yang boleh anda amalkan dan ada sesetengah makanan yang mungkin anda boleh makanan, tapi tidak diggalakkan untuk mengambil makanan tersebut secara berterusan. Hal ini turut bermaksud perkara yang anda perlu lakukan serta amalkan adalah :
- Lebih banyak penggunaan lemak tak tepu
- Hadkan jumlah kalori terhadap pesakit yang gemuk.
- Pengurangan makanan tidak sihat perlu dilakukan (terutama lemak tepu).
- Mengambil protein seperti yang diperlukan oleh tubuh badan
Makanan yang boleh diamalkan
Banyak makanan yang boleh anda amalkan. Diet rendah kolesterol ini boleh dijadikan amalan harian anda kerana terdapat banyak manfaat didalam makanan tersebut. Antara makanan diet rendah kolesterol yang kami syorkan adalah :
- lemak tidak tepu
Antaranya makanan yang boleh dijadikan diet rendah kolesterol ialah minyak yang berasal dari tumbuh-tumbuhan seperti minyak kacang tanah, minyak kelapa sawit, minyak jagung, kentang, minyak kacang soya, dan marjerin. Makanan jenis ini boleh diambil tetapi tidak digalakkan untuk kerap diamalkan.
- Sumber karbohidrat
Antara sumber karbohidrat yang boleh juga dijadikan diet rendah kolesterol adalah beras, bubur, roti, gandum, makaroni, pasta, jagung, kentang, keladi, bijirin. Makanan ini mempunyai manfaat yang tersendiri dan ianya terpulang kepada anda bagaimana anda memasaknya asalkan kandungan kebaikan yang terdapat dalam makanan ini tidak berkurangan.
- Sumber protein
Terdapat dua sumber protein yang boleh anda dapati. Sumber tersebut berada didalam sayuran dan juga haiwan ternakan. Sumber protein didalam sayuran ini amat sesuai untuk dijadikan diet rendah kolesterol kerana khasiatnya yang tinggi. Antaranya ialah tempe, tauhu, dan kacang (kacang hijau, kacang, kacang soya). Bagi haiwan ternakan pula anda boleh mengambil daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan dan sebagainya.
Makanan yang perlu anda elakkan
Walaupun anda mempunyai pilihan dalam memilih makanan yang baik untuk anda, tetap juga terdapat makanan yang perlu anda elakkan bagi menjamin kesihatan pada masa akan datang. Diet rendah kolesterol yang anda amalkan akan sia-sia jika anda tidak mengelakkan makanan yang tidak sihat ini. Antara makanan yang perlu anda elakkan adalah :
- Makanan yang mengandungi lemak tepu
Antara makanan yang mengndungi lemak tepu adalah minyak yang berasal dari haiwan seperti daging lembu, daging khinzir, kambing, susu penuh krim, krim keju, mentega, minyak kelapa, santan, dan mayonis.
- Daging yang berlemak (daging merah)
Anda boleh saja memakan daging. Akan tetapi seeloknya anda menghindarkan jenis daging seperti ini kerana ia boleh menganggu diet rendah kolesterol yang telah anda lakukan. Antara daging yang berlemak ( daging merah adalah) kambing, lembu, khinzir, bahagian dalaman haiwan seperti otak, limpa, buah pinggang, hati, kuning telur, sosej, usus, dan babat iaitu sejenis lapisan dari perut lembu yang boleh dimakan.
- Minuman yang mengandungi soda dan alkohol
Minuman yang mengandungi soda mahupun alkohol sudah pasti terkenal dan pasti anda sudah mengetahui akan kesedapannya. Akan tetapi, anda terpaksa melupakan hasrat anda untuk meminumnya kerana ia boleh mensia-siakan usaha anda dalam mengamalkan diet rendah kolesterol. Anda boleh meminum minuman seperti ini tetapi dalam jumlah yang sedikit. Antara minuman yang dimaksudkan adalah wain, bir, dan minuman ringan.
- Garam buluh HKIII
Sudah tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan dan kebaikan yang terdapat dalam garam buluh HKIII ini. Selain membekalkan mineral dan unsur surih, garam ini juga dapat meningkatkan peredaran darah yang cukup baik. pemancar tenaga inframerah yang terdapat pada garam ini sebenarnya membantu meningkatkan peredaran darah. Terdapat banyak lagi manfaat dari garam buluh HKIII ini. Ia juga dapat mencegah dan melawan penyakit-penyakit yang dianggap boleh mengancam nyawa manusia.