Makanan Pesakit Kencing Manis Yang Utama
Makanan Pesakit Kencing Manis
DIABETES ialah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku gangguan terhadap metabolisme karbohidrat. Jadi, fokus utama perlu diberikan pada langkah-langkah yang dapat membantu menurunkan paras insulin yang sekali gus akan menurunkan paras glukos darah. Pengambilan makanan pesakit kencing manis perlu dititikberatkan dari segi fungsi dan jenis. .
Makanan-makanan yang dimakan perlu diambil daripada jenis yang melambatkan pelepasan glukos ke dalam darah. Oleh itu, makanan yang tinggi dengan kandungan lemak disyorkan untuk diambil pada setiap kali waktu makan. Langkah tersebut bertujuan melambatkan pelepasan glukos ke dalam darah apabila makanan berkarbohidrat diambil.
Pada peringkat awal Diabetes Jenis 2, organ pankreas masih lagi berfiingsi di mana insulin dirembeskan pada paras yang tinggi. Ia kekal tinggi pada kebanyakan masa kerana berlaku kekebalan insulin.
Pengamalan diet yang dicadangkan adalah bertujuan untuk membantu:
- Mengurangkan beban pankreas secara beransur-ansur
- Mengembalikan kesensitifan fungsi reseptor-reseptor insulin
supaya menerima insulin seperti sediakala secara beransur - Kekebalan insulin menyebabkan bilangan reseptor insulin dan pengangkut glukos GLUT-4 berkurangan. Dengan mengambil makanan yang melambatkan pelepasan glukos, paras insulin dalam darah menjadi berkurangan lalu menyebabkan bilangan reseptor insulin dan pengangkut glukos GLUT-4 akan bertambah kembali pada sediakala secara beransur
- Mengurangkan beban kalenjar adrenal cortex yang berfungsi merembes hormon cortisol
Sekiranya anda mengamalkan diet dan gaya hidup holistik yang dicadangkan secara bersungguh-sungguh dan tekun, membolehkan insulin dan paras glukos anda akan kembali normal antara 3 – 12 bulan.
Tetapi, kesan pengambilan diet dan gaya hidup holistik tidak berlaku dalam masa yang singkat. Hanya ubat-ubatan doktor yang dapat menurunkan paras glukos dengan cepat. Walau bagaimanapun, setiap penghidap perlu tahu risiko lain akibat daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut termasuk terdedah pada pelbagai jenis simptom selain kemungkinan menghidap jaundis, hepatitis, kerosakan dan kegagalan hati.
Pola Pemakanan Setelah Pulih
Segelintir pesakit diabetes kurang prihatin dengan tahap kesihatannya, lebih-lebih lagi apabila diberitahu doktor bahawa paras gulanya kembali pada normal lalu meremehkan makanan yang diambil. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana mendapatkan ilmu yang boleh membantu mereka untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.
Kebanyakan pembentukan Diabetes Jenis 2 mudah difahami dari aspek sebab dan akibat tertentu. Melampau-lampau dalam pengambilan makanan berkarbohidrat ialah penyebab. Diabetes ialah akibat. Maka untuk mencegah dan merawat ialah mengelakkan punca yang menjadi sebab.
Setelah enam bulan mengalami remission iaitu insulin dan glukos darah berada dalam lingkungan normal, ujilah jenis metabolisme anda dan kenal pasti sama ada terdapat makanan yang anda makan mengalami tindak balas sistem kekebalan.
Cara Pengambilan
Makanan perlu diambil pada kuantiti sederhana. Makan tiga kali sehari dan ambil makanan ringan antara dua masa makan. Pastikan makanan yang diambil mengandungi lemak dan protein kerana kedua-duanya membantu melambatkan pelepasan glukos.
Makanan-makanan berikut disyorkan menurut kategori iaitu yang terdiri daripada protein atau mengandungi lemak dan karbohidrat. la dipilih berdasarkan kesesuaian dengan metabolisme penghidap diabetes dengan fokus utama iaitu makan makanan yang melepaskan glukos dengan perlahan. Secara umum, makanan untuk proses penyembuhan dari Diabetes Jenis 2 perlu terdiri daripada rendah karbohidrat, sederhana protein dan tinggi lemak.
Untuk mengelakkan anda daripada keliru, nilai Glycemic Load (GL) yang dimiliki oleh setiap makanan yang disyorkan tidak dipaparkan. GL ialah nilai kalori setiap makanan didarabkan dengan Indeks Glycemic. Ambit makanan tinggi lemak dan sederhana protein kerana kedua-duanya membantu merendahkan pelepasan glukos ke dalam darah. Elakkan daripada mengambil daging lembu dan ayam secara keterlaluan. Pengambilan tidak boleh melebihi 30 gm daging yang sudah dimasak (sebesar ‘/2 tapak tangan) setiap kali makan dan ambil tidak melebihi 2 kali seminggu.
Ambil ayam yang disediakan selain daripada kaedah penggorengan dengan kulitnya sekali, 30 gm setiap kali, tidak melebihi 2 kali seminggu. Jangan jadikan ayam sebagai makanan harian kerana ia menyumbang minyak omega-6 iaitu sejenis minyak prokeradangan. Sebaliknya, gantikan ayam dengan ikan dan makanan berprotein dari sayur-sayuran dan kacang seperti taugeh, tofu atau tempe.
Bijirin seperti beras perang yang telah dimasak hanya perlu diambil tidak melebihi 11/2 senduk dalam sehari. Alternatif pada nasi ialah barli rebus, quinoa (keen-wa), millet, oat dan oat bran boleh diambil 1/2 cawan 1 – 2 kali sehari. Amalkan makan bijian seperti biji labu, biji bunga matahari, badam, biji buah keras, hazelnut dan brazil nut sebagai snek. Ia boleh diambil dalam bentuk muesli (gabungan pelbagai bijian kering).
Gunakan santan kelapa dengan bebas dalam masakan. Walau bagaimanapun, masakan bersantan perlulah diambil pada kuantiti sederhana. Elakkan pengambilan sebarang jenis marjerin, lemak dan minyak terhidrogenasi. Marjerin terdapat dalam roti canai dan kek. Minyak terhidrogenasi pula terdapat dalam kek, biskut kering atau basah, aiskrim dan french fries sejuk beku.
Amalkan penggunaan Garam Buluh atau Garam Gunung Himalaya dalam masakan. Garam-garam tersebut mengandungi pelbagai jenis galian penting termasuk magnesium, vanadium, dan kromium yang dipercayai dapat meredakan hyperinsulinemia dan kekebalan insulin.
Makanan yang Perlu Dielakkan
Makanan berkanji
Makanan berkanji biasanya melepaskan glukos dengan pantas apabila dimakan contohnya nasi daripada beras ceruh, tepung putih, tepung beras, kentang dan beberapa ienis tepung kanji pada 1 – 1 1/2 hidangan sehari. Nasi daripada beras perang lebih baik daripada nasi daripada beras ceruh.
Gula
Makanan pesakit kencing manis perlu dielakkan daripada mengambil makanan dan minuman mengandungi gula. Elakkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman secara beransur-ansur. Bahan-bahan seperti madu, gula merah, gula melaka, gula kabung, sirap maple dan nira semuanya melepaskan glukos dengan pantas. Elakkan minuman ‘diet’ kerana ia mengandungi gula altematif, Aspartame .
Pisang goreng dan pisang masak juga melepaskan glukos dengan pantas. Sesetengah doktor dan pakar dietetik serta rencana dalam media mencadangkan penghidap diabetes makan pisang masak apabila mereka mengalami hypoglycemia. Jika anda mengamalkan diet yang dicadangkan, kemungkinan anda tidak memerlukan pisang lagi untuk menaikkan paras gula serta untuk merangsang mood, menghilangkan letih dan mengantuk. Ini kerana diet yang disarankan dipercayai tidak akan menyebabkan paras gula jatuh ke bawah paras normal dan paras gula darah tidak naik dan turun dengan mendadak.
Gunakan serbuk ekstrak herba Stevia sebagai pengganti gula. Xylitol sebenarnya sesuai digunakan sebagai pengganti gula, tetapi malangnya produk dengan nama Xylitol yang terdapat di pasaran sebenarnya mengandungi Aspartame selain Xylitol. Elakkan pengambilan alternatif gula seperti Nutrasweet dan beberapa jenama lain.
Makanan atau minuman perangsang adrenalin
Kafein ialah sejenis bahan perangsang adrenal yang terdapat dalam kopi dan ekstrak kopi. Setiap kali seseorang minum kopi, maka glukos darah dilepaskan dengan pantas. Penghidap diabetes perlu mengurangkan pengambilan kopi secara beransur-ansur pada 1 – 2 cawan sehari dan yang paling baik ialah cari jalan menghentikan pengambilan.
Teh, koko dan herba mate juga mengandungi kafein, tetapi dikatakan kesan perangsangan terhadap adrenal dikurangkan oleh kehadiran beberapa jenis bahan kimia lain. Walau bagaimanapun, tindak balas seseorang terhadap sesuatu jenis teh berbeza di mana sesetengah individu mengalami hipertensi apabila mengambil teh hijau.
Marjerin, lemak atau minyak terhidrogenasi dan lemak trans
Marjerin terdapat dalam roti canai dan kek yang menjadi salah satu kegemaran makanan pesakit kencing manis di Malaysia. Minyak terhidrogenasi terdapat dalam kek, biskut kering atau basah, aiskrim dan ‘french fries’ sejuk beku. Marjerin merupakan lelemak terubahsuai yang termasuk dalam kategori lemak Suhu dan tekanan yang tinggi dalam proses hidrogenasi dikatakan menjadi punca pembentukan sejenis lemak yang tidak semula jadi untuk tubuh dikenali sebagai lemak trans. Walaupun ia biasanya didapati pada ‘paras yang rendah’, kajian-kajian mendapati lemak trans mengganggu fungsi reseptor-reseptor termasuk reseptor insulin. Oleh itu, untuk meningkatkan kepekaan reseptor insulin, anda perlu mengelakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi lemak terhidrogenasi (kerana biasanya ia juga mengandungi lemak trans).
Terdapat khabar angin mengatakan beberapa pengeluar marjerin sedang mengusahakan teknologi penghasilan marjerin dengan membaurkan minyak kelapa sawit dengan pembaur. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih tidak ada lagi pengeluar marjerin Malaysia mengistiharkan marjerin mereka dihasilkan dengan teknologi tersebut dan tidak mengandungi lemak trans.
Kurang atau elakkan pengambilan makanan bergoreng secara terendam lama terutama bagi makanan pesakit kencing manis. Ia menyumbang radikal bebas seperti Lipid hydroperoxides dan Polycyclic aromatic hydrocarbons yang menyebabkan peningkatan paras homocysteine. Minyak-minyak yang digunakan untuk menggoreng pisang dan ayam, selain dipanaskan pada suhu tinggi ia juga digunakan secara berulang kali. Apabila diambil, molekul-molekul minyak yang rosak akan dijadikan sebagai sebahagian daripada minyak yang digunakan untuk membina dan memelihara membran sel. Ia seterusnya mengganggu fungsi reseptor-reseptor termasuk reseptor insulin yang terletak pada membran sel.
Pengambilan Makanan Secara Sederhana
Makan untuk hidup boleh membantu mengurangkan kemungkinan menghidap pelbagai keadaan kesihatan yang negatif termasuk obesiti dan kencing manis. Makan menurut keperluan hidup dan kesesuaian jika diamalkan oleh orang yang sakit, biasanya penyakitnya akan lebih cepat reda dan sembuh. Orang yang hidup untuk makan pula ialah hamba perut. Jika seseorang yang sedang sakit contohnya sedang mengalami diabetes makan secara berlebihan, maka ia sengaja mengundang bencana.
Peratusan Kelas Makanan
Memang benar, kajian sains mendapati makanan tinggi serat berupaya meningkatkan kesensitifan reseptor-reseptor insulin. Walau bagaimanapun, ia bukan langkah terbaik untuk seseorang mengamalkannya jika mereka berhasrat untuk benar-benar pulih daripada mengalami kekebalan insulin apatah lagi untuk sembuh daripada Diabetes Jenis 2 dan tidak bergantung pada ubat-ubatan moden.
Pengambilan karbohidrat menurut saranan American Diabetic Association, Diabetic UK dan laman web milik Kementerian Kesihatan sebuah negara hanya mengekalkan atau memburukkan lagi keadaan hyperinsulinemia dan hyperglycemia serta kekebalan insulin penghidap Diabetes Jenis 2. Ini kerana peratusan makanan karbohidrat yang digabungkan bersama mungkin berjumlah hingga 50% daripada keseluruhan jenis makanan.
Makanan tinggi serat yang dicadangkan membantu meningkatkan kesensitifan reseptor-reseptor insulin terhadap insulin tetapi kesensitifannya mungkin tidak akan mencapai tahap normal. Makanan berserat hanya mampu melambatkan pelepasan glukos tetapi peratusan kalori makanan yang tinggi dalam karbohidrat menyebabkan paras gula sentiasa tinggi. Makanan berserat sekadar mampu merendahkan paras glukos penghidap diabetes tetapi ia tidak berupaya menurunkannya pada paras normal terutama secara berkekalan.
Makanan Menurut Peratusan Kalori
Kami mengesyorkan penghidap Diabetes Jenis 2 sama ada yang mengalami hyperinsulinemia atau mengalami pankreas yang keletihan, supaya mengambil makanan kelas karbohidrat, protein dan lemak dalam peratusan berikut:
- Karbohidrat kurang daripada 20%
- Protein 25 – 30%
- Lemak 50 – 65%
Makanan yang tinggi dengan lemak serta protein pada paras sederhana akan membantu anda merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Kedua-dua jenis makanan ini juga membantu melambatkan pelepasan glukos ke dalam darah apabila makanan berkarbohidrat diambil pada masa yang sama. Makanan-makanan berkarbohidrat mestilah dari jenis dan jumlah yang disyorkan.
Jenis Makanan dan Fisiologi
Mengambil 20% makanan karbohidrat bukan bermaksud anda boleh mengambil nasi setiap kali makan. Sebaliknya, nasi perlu dibataskan antara 1 – 1 1/2 hidangan dalam sehari di mana setiap hidangan nasi berukuran 1/2 cawan atau 1 senduk.
Contoh makanan pesakit kencing manis yang disyorkan ialah 1/2 – 1 hidangan nasi makan tengahari dan 1/2 hidangan untuk makan malam. Alternatif lain ialah 1 hidangan ketika sarapan, 1/2 hidangan makan tengah hari. Pada masa yang sama, anda boleh mengambil makanan berkarbohidrat lain sama ada sayur-sayuran tinggi serat, buahbuahan (kurang manis) atau ulam-ulaman berjumlah 2 – 3 hidangan sehari.
Oleh sebab protein dan lemak dapat membantu melambatkan pelepasan glukos ke dalam darah, maka anda perlu mengambil makanan berprotein atau lemak setiap kali waktu makan. Contohnya, ketika sarapan pagi, anda boleh mengambil nasi lemak bersama 1- 2 biji telur rebus atau telur goreng mata kerbau. Telur adalah sumber lemak dan protein.
Ambil 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin) dan 2 sudu besar minyak kelapa dara atau minyak sawit diambil sebelum, ketika atau setelah bersarapan. Beberapa jenis minyak sayuran boleh digabungkan bersama contohnya minyak kelapa dara, minyak zaitun (extra virgin), minyak bijan atau minyak dedak padi (rice bran oil). Gabungan minyak tersebut perlu diambil antara 3 – 4 sudu besar setiap kali.
Begitu juga minyak hati ikan kod (cod liver oil) perlu diambil pada jumlah 1 sudu besar (3 sudu besar jumlah sehari). Oleh sebab kajian dan pemerhatian empiris mendapati pengambilan minyak ikan menaikkan paras glukos darah pada sesetengah individu yang menghidap diabetes, maka minyak ikan atau minyak hati ikan kod perlu diambil serentak dengan minyak atau lemak lain.
Untuk lebih berkesan, anda boleh ambil 1- 2 keping keju yang dihiris nipis dan dimakan dengan telur rebus atau telur goreng mata kerbau. Sebagai alternatif pada keju, ambil 1 sudu besar lepa susu ash (butter).
Bagi anda yang tinggal di luar bandar dan sukar mendapatkan minyak yang disebutkan, maka anda boleh mengambil 2 – 3 sudu besar minyak sawit selepas mengambil sarapan pagi. Selain itu ambil 1/2 cawan santan pekat yang telah ditambah dengan 1/2 cawan air masak.
Selain nasi lemak, sebagai alternatif anda boleh ambil 1 keping roti dengan 2 sudu besar lepa susu ash dan sebiji telur rebus atau telur mata kerbau. Dalam masa yang sama 1/2 cawan sayur campuran seperti biji kacang pea, jagung dan lobak merah yang dicelur juga menyumbang karbohidrat dan protein. Jangan lupa ambil minyak zaitun, minyak kelapa dara dan minyak hati ikan kod.
Sarapan tengah hari diambil 11/2 – 2 jam selepas sarapan pagi. Anda boleh makan 1/2 – 1 cawan bijian campuran terdiri daripada biji labu, biji bunga matahari, kacang hazel dan sedikit kismis. Untuk minuman, ambillah air buah (jenis kurang maths) atau teh 0 yang betul-betul kurang maths atau segelas air galian.
Untuk makan tengah hari, anda boleh mengambil ‘/2 hidangan nasi. Untuk makanan yang mengandungi lemak anda boleh ambil makanan yang bersantan atau kuah lemak. Untuk makanan berprotein, anda ambil setengah ekor ikan mabung atau sebelah ikan cencaru. Ambil daging berlemak 2 – 3 kali seminggu. Suhun dan perut tauhu (fucuk) juga menyumbang protein. Anda perlukan 1 hidangan sayur-sayuran atau ulam-ulaman yang menyumbang serat tidak larut, beta karotena, bioflavonoids dan magnesium.
Untuk jus, buah-buahan dipilih daripada jenis yang kurang manis dan disediakan tanpa gula. Selepas makan, anda ambil 2 – 3 sudu besar minyak zaitun (extra virgin). Anda juga boleh ambil 1- 2 sudu besar minyak zaitun dan 1- 2 sudu besar minyak kelapa dara. Jangan lupa untuk mengambil minyak hati ikan kod pada masa yang sama.
Pada waktu rehat sebelah petang, ambil 1 cawan teh susu yang betul-betul kurang manis, 1/2 cawan oat atau 1 sudu besar oat bran yang dibancuh dengan air panas.
Jika anda ingin menurunkan paras insulin dan glukos dalam masa 3 – 12 bulan dengan diet yang dicadangkan dalam buku ini, anda perlu mengelakkan daripada mengambil pisang, keledek dan sukun goreng serta pelbagai jenis kuih-muih yang dibuat daripada bahan-bahan berkanji seperti tepung putih, beras, dan pulut.
Jika anda tidak makan nasi atau hanya ambil 1/2 hidangan ketika makan tengah hari, untuk makan malam gantikan nasi dengan sayur-sayuran tinggi serat danseekor ikan bersaiz seherhana.
Makan malam perlu diambil selewat-lewatnya dua jam sebelum tidur. Elakkan mengambil makanan selepas makan malam atau sebelum tidur. Amalkan 1 – 2 gelas air teh herba seperti teh pegaga, teh misai kucing dan teh daun durian belanda selepas makan malam. Elakkan daripada menambah sebarang jenis pemanis. Gunakan ekstrak Stevia jika anda perlukan rasa manis dalam teh herba anda.
Alternatif pada Nasi
Ramai pengamal perubatan alternatif percaya bahawa bijirinbijirin berikut perlu dielakkan oleh penghidap diabetes yang ingin sembuh daripada diabetes yang dihidapinya. Bijirin-bijirin yang dimaksudkan ialah beras (sebarang jenis), gandum ceruh dan tidak ceruh, roti rai, barli dan juga jagung. Ia termasuk produk yang dihasilkan daripada bijirin seperti roti, pasta, kek, biskut, pai, tat dan emping sarapan pagi.
Semua yang disebutkan di atas boleh diambil tetapi haruslah menepati pola pemakanan yang dicadangkan dan mesti diambil bersama makanan berlemak.
Kelebihan Makanan Berprotein dan Berlemak
Makanan berkarbohidrat tidak mengenyangkan. Makanan dan minuman berkarbohidrat menyebabkan ketagihan dan menyebabkan mood anda turun naik. Ia juga menyebabkan anda resah, murung, hilang tumpuan, mudah naik angin dan lesu. Antara kesan jangka panjang paling buruk ialah is menyebabkan obesiti, Sindrom X dan diabetes.
Makanan berprotein dan berlemak tidak mempunyai Indeks Glycaemic. Walau bagaimanapun, glukos dilepaskan dengan pantas dalam keadaan-keadaan berikut:
- Makanan berprotein dan berlemak mengalami tindak balas di dalam tubuh sama ada secara terus dengan atau tindak balas sistem kekebalan.
- Makanan berprotein dan berlemak yang dimakan tidak sesuai dengan jenis metabolisme anda
- Makanan berprotein seperti daging kambing meningkatkan tekanan darah yang biasanya secara sementara dan akan turun selepas beberapa jam. Antara puncanya dipercayai kerana kandungan vitamin B3 yang tinggi.
- Makan sebarang jenis makanan secara berlebihan pada satu¬satu masa.
- Mengalami masalah berlebihan asid dalam perut, gastritis dan ulser peptic.
- Makan ketika mengalami stres contohnya ketika ketakutan, kesibukan kerja, resah dan murung.
- Makanan berlemak dan berprotein yang diambil pada jumlah peratusan kalori (total calory percentage)yang tinggi dapat membantu mempercepatkan penurunan Tiaras insulin, merendahkan paras glukos darah dan meredakan kekebalan insulin.
Pada masa yang sama, makanan berlemak dan berprotein dikatakan dapat membantu seseorang merasa kenyang pada tempoh yang lebih panjang dibandingkan dengan kesan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
Saranan pola pemakanan dan jenis diet yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar dietetik ialah seperti yang disebutkan dalam bab Kesan Pengamalan Piramid Makanan dalam Pembentukan dan Merawat Diabetes dan bab Makanan yang dicadangkan oleh Perubatan Moden dan Fisiologi Diabetes. Makanan-makanan yang disyorkan adalah terdiri daripada makanan berkarbohidrat yang tinggi
Keberkesanan Diet Tinggi Lemak
Cuba amalkan diet yang dicadangkan selama seminggu dan perhatikan perbezaan yang anda alami. Menurut 80% rakan-rakan dan klien yang mengamalkan diet ini, mereka kenyang dalam tempoh yang lama dan tenaga mereka semakin meningkat.
Jika diet ini berkesan, mengapa penghidap diabetes yang mengamalkan diet ini masih mengalami hyperinsulinemia dan terus bergantung pada ubat yang bersifat menurunkan paras glukos darah? Bukankah anda juga boleh belajar serta memupuk sikap untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri dengan mempelajari aspek-aspek asas pemakanan dari pelbagai perspektif?
Air minuman
Oleh sebab diet yang disyorkan memberi tumpuan pada pemulihan metabolisme karbohidrat, maka air-air yang manis seperti air sirap, air tin atau botol, air kopi serta air ekstrak kopi (contohnya Nescafe) perlu dielakkan. Jika anda masih ketagih, cuba kurangkannya secara beransur-ansur.
Diet yang dicadangkan di dalam buku ini hanya berkesan jika anda berhenti minum minuman yang disebutkan dan mengambil makanan mengikut pola pemakanan seperti yang disarankan dan diamalkan secara menyeluruh.
Selepas mengamalkan diet dan gaya hidup holistik yang disarankan tanpa pil moden, paras insulin dan paras glukos darah anda boleh kembali normal.
Makanan Berprotein
Daging — Ambil daging sama ada berlemak atau bebas lemak seperti daging lembu, kambing, ayam dan kulitnya serta haiwan termasuk hati dan paru-paru. Utamakan daging haiwan yang dipelihara secara organik yang makan rumputrumput liar bagi menjamin mute daging dan mendapatkan lemak-lemak yang sihat.
Makanan laut — Semua jenis sama ada berdaging putih atau berminyak seperti ketam, tuna, mackerel, sardin, cencaru, jenahak, tenggiri, kembung, mabung, udang, udang kara
Produk tenusu — Ambil produk tenusu dengan kandungan lemak semula jadinya dikekalkan seperti yogurt atau tairu tanpa gula, keju dan lepa susu asli.
Makanan-makanan berprotein yang lain — Telur berserta kuningnya, pelbagai jenis kacang kering seperti dal, kacang kuda, kadang soya, tempe dan tofu.
Makanan Berkarbohidrat
- Bijirin — Oats, beras perang, beras perang basmati, roti rai, quinoa (kin-wa), tepung semolina, barli, beras perang herbal poni, beras nasi dagang, atau beras nacin (sama warna dengan pulut hitam tetapi kurang berkanji).
- Sayur-sayuran Tumpukan pengambilan sayur-sayuran yang tidak berkanji seperti bunga kobis (cauliflower), kacang pis, labu, pisang muda, lobak merah, lobak bit, jagung, brokoli, kacang panjang, daun salad, sawi, tauge, alfalfa, saderi, kailan dan cendawan. Pelbagai jenis ulam-ulaman juga sesuai diambil pada setiap kali makan sama ada mentah, dicelur atau direbus. Contohnya pegaga, pucuk betik, jantung pisang, pucuk gajus, pucuk ubi, kacang botol dan daun malinja.
- Buah-buahan — Epal, ben biro atau hitam, ceri, aprikot, plum, kiwi, pear, rapsberi, strawberi, jambu batu, ceri, limau bali, tembikai susu, oren, plum, nanas, kiwi, anggur, mempelam, betik, epal dan prun kering.
Minyak atau Lemak
Minyak atau lemak Minyak dan lemak yang sesuai diambil termasuk minyak sawit, minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak dedak padi, minyak zaitun, lepa susu ash, tahini, minyak flax, minyak ikan dan minyak hati ikan kod (cod liver oil). Makanlah daging yang berlemak. Makanlah ayam dengan kulitnya sekali.
Bijian berminyak yak – Semua jenis biji buah-buahan atau bunga yang berminyak boleh diambil seperti biji buah keras(macademia), brazil nut, hazelnut. bayam, muesli yang sesuai terdiri daripada pelbagai jenis bijian seperti biji labu dan biji bunga matahari dengan sedikit kandungan aprikot dan anggur kering
Tubuh anda mempunyai mekanisme untuk mengawal profil lipid termasuk kolesterol dan triglyceride. Adakah benar dengan makan makanan berlemak dan berkolesterol menyebabkan anda obes dan paras kolesterol anda meningkat?
Antara punca paras kolesterol seseorang meningkat ialah kerana tubuh mengalami ketidakseimbangan secara biokimia. Ketidakseimbangan proses-proses biokimia pula antara lain berpunca daripada tubuh yang mengalami paras radikal bebas yang tinggi. Penghidap-penghidap diabetes didapati mengalami paras radikal bebas yang tinggi berpunca daripada paras glukos yang tinggi.
Oleh itu adalah dipercayai, paras kolesterol dan triglyceride penghidap diabetes meningkat kerana kedua-duanya diperlukan untuk membaik pulih membran-membran sel dan lapisan endothelium arteri yang rosak akibat serangan radikal bebas secara berterusan.
Pengambilan makanan berlemak yang terdiri daripada jenis-jenis lemak yang sihat akan membantu organ sistem penghi¬dap diabetes kembali berfungsi secara normal. Tubuh memiliki mekanisme tersendiri dalam menyeimbangkan fungsi-fungsi organ sistem dan pelbagai proses biokimia.
Diet untuk Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 1 biasanya berlaku kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Ia jarang berlaku kepada individu dewasa yang kurus. Diabetes Jenis 1 berlaku apabila pankreas merembeskan insulin pada paras yang sangat rendah atau tidak merembeskannya sama sekali.
Diabetes Jenis 1 juga berlaku kepada penghidap Diabetes Jenis 2 yang sudah teruk. Pada peringkat awal Diabetes Jenis 1 menangani paras glukos yang tinggi. Lama-kelamaan pankreas mengalami keletihan lalu merembeskan insulin pada paras yang lebih rendah daripada paras normal.
Dalam keadaan ini, fisiologi yang dialami oleh penghidap Diabetes Jenis 2 beralih pada fisiologi penghidap Diabetes Jenis 1 iaitu insulin dirembes oleh pankreas pada paras yang lebih rendah daripada paras yang normal. Itulah sebabnya penghidap Diabetes Jenis 2 kronik perlu mengambil suntikan insulin.
Makanan pesakit kencing manis dan gaya hidup holistik untuk penghidap Diabetes Jenis 1 dan penghidap Diabetes Jenis 2 yang mengalami kekurangan perembesan insulin ialah serupa seperti yang dicadangkan untuk penghidap Diabetes Jenis 2 yang dibincangkan dalam buku ini. Amallah cadangan yang diberikan secara bersungguh-sungguh pasti usaha anda tidak sia-sia.
Jika anda perlu bantuan saya untuk mengatasi kencing manis seawal 7 hari