HKIII

Bacaan Paras Gula Darah Yang Normal

Julat Gula Darah

Glukosa darah di antara orang dewasa dan kanak-kanak adalah sangat berbeza. Memahami julat tahap glukosa darah boleh menjadi bahagian penting dalam pengurusan diabetes.

Halaman ini menyatakan tentang gula darah  ‘normal’, julat gula dalam darah untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan gula darah antara pesakit diabetes.

Jika seseorang yang mempunyai penyakit kencing manis , ia adalah penting untuk mengetahui tahap glukosa darah. Paras glukosa darah disyorkan mempunyai tafsiran bagi setiap individu dan anda perlu berbincang dengan pasukan penjagaan kesihatan anda atau doktor.

Di samping itu, wanita juga boleh menetapkan sasaran tahap gula dalam darah semasa mengandung.

Julat berikut adalah garis panduan yang disediakan oleh Institut Kebangsaan bagi Kecemerlangan Klinikal (NICE) tetapi pelbagai sasaran bagi setiap individu harus dipersetujui oleh doktor atau perunding diabetes.

Sasaran Julat Tahap Glukosa Darah Yang Disyorkan

Tahap glukosa darah sasaran yang disyorkan NICE dinyatakan di bawah bagi orang dewasa yang menghidap diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1.

Di samping itu, julat sasaran Persekutuan Diabetes Antarabangsa untuk orang tanpa diabetes juga turut dinyatakan.

Jadual di bawah menyediakan panduan am. Sasaran individu yang ditetapkan oleh pasukan penjagaan kesihatan anda adalah yang anda perlu jadikan panduan dan rujukan :-

Kadar Bacaan Kencing Manis

Standar bacaan gula darah yang dikeluarkan dari institusi-institusi seperti berikut digunakan:

  • The National Institute For Health and Care Excellence (NICE)
  • International Diabetes Federation (IDF)
  • World Health Organization (WHO)
  • American Diabetes Association (ADA)
  • American Association of Clinical Endocrinologists (AACE)

Jadual kadar gula darah normal menurut NICE, IDF, WHO, ADA dan AACE

PUASA (FBS) 2 JAM LEPAS MAKAN (2HPP) HbA1c
NICE <7mmol/L or
126mg/dL
<9mmol/L or
162mg/dL
<6.5% or
<7.0%
IDF <6.1mmol/L or
<110mg/dL
<11.1mmol/L or
200mg/dL
<6.5%
WHO <7mmol/L or
126mg/dL
<11.1mmol/L or
200mg/dL
<6.5%
ADA <7.1mmol/L or
<130mg/dL
<7.8mmol/L or
<140mg/dL
<7.0%
AACE <6.1mmol/L or
<110mg/dL
<7.8mmol/L or
<140mg/dL
<6.5%

 

Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?

5 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :

1) Gula Darah Puasa / Fasting Blood Sugar (FBS)

Ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian dilakukan.

2) Paras Gula Darah 2 Jam Selepas Makan / 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2HPP)

Ujian yang dilakukan terhadap individu 2 jam selepas meminum air gula. Pemeriksaan ini juga dikenali Ujian Toleransi Glukosa (OGTT). Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.

3) Pemeriksaan Gula Dalam Darah Secara Rawak / Random Blood Sugar (RBS)

Ujian kadar gula secara rawak ini boleh dilakukan pada bila-bila dengan penggunan alat periksa gula darah. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tinggi, kemungkinan besar megidap diabetes.

4) Selepas Bersalin

Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT, untuk memastikan anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran. Jika ujian ini tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.

Wanita yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 daripada 3 orangmenghidapi Diabetes tahap 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa ( Fasting Blood Glucose ) setahun sekali.

5) Purata Bacaan Gula Darah 3 Bulan

Cek HbA1c boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa berpuasa. Ia menunjukkan purata kadar gula dalam darah pada 8-12 minggu yang lepas. Nilai HbA1c juga digunakan sebagai indikasi bagi risiko komplikasi kencing manis. Sekiranya anda adalah pengidap diabetes, dicadangkan melakukan tes ini 3 bulan sekali.

Cara Pemeriksaan Gula Darah

1) Ujian Toleransi Glukosa / Oral Glucose Tolarance Test (OGTT)

Khusus untuk ibu hamil untuk mengambil ujian diabetes. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji sebelum dan selepas diberi minum air gula. Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.

2) HbA1c

Apabila badan memproses gula, glukosa dalam darah melekat kepada sel darah merah secara semulajadi.

Jumlah glukosa yang bergabung dengan sel darah merah ini adalah berkadar terus dengan jumlah gula yang ada di tubuh badan pada masa itu.

Kerana sel-sel darah merah di dalam tubuh manusia bertahan selama 8-12 minggu sebelum pembaharuan, ukuran glukosa pada sel darah merah (atau HbA1c) boleh digunakan untuk menggambarkan purata paras glukosa darah sepanjang tempoh itu.

Jika tahap gula dalam darah anda telah tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, HbA1c anda juga akan lebih besar.

3) Alat Pengukur Gula Darah / Glucometer

Alat cek gula darah yang bagus boleh didapat pada mana-mana kedai farmasi. Namun, keputusan ukuran mungkin berlainan dari jenama ke jenama. Selain itu, perkara-perkara dibawah mungkin mempengaruh ketepatan nilai glukometer:

  • Tekanan
  • Kitar haid
  • Baru lepas bersenam
  • Demam
  • Alat tidak melakukan penentukuran lebih daripada setahun

 

Kesimpulan

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Risiko Diabetes)

7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes.

Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Risiko Diabetes)

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Sekiranya anda membuat pemeriksaan pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.

Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.

Jika anda memerlukan bantuan saya untuk mengatasi diabetes dalam 7 hari

About the Author

HKIII Team

Tags: