Pengambilan Dan Penjagaan Makanan Untuk Pesakit Diabetes
Ramai para doktor, pakar nutrisi dan dietitian berpendapat bahawa makanan untuk pesakit diabetes merupakan rawatan yang penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Malaysia telah mempunyai Nutrition Therapy (MNT) tersendiri iaitu Medical Nutrition Therapy Guidelines for Type 2 Diabetes Mellitus, Second Edition, 2013.
Ini bertujuan membantu pesakit di bawah seliaan pakar pemakanan agar mengamalkan pemakanan yang sihat dan membantu dalam mencegah kegemukan, obesiti dan penyakit Non-Communicative Disease (NCD) seperti jantung, diabetes dan kanser.
TUJUAN TERAPI NUTRISI
- Bagi mendapatkan paras glukosa darah yang normal
- Bagi mendapatkan berat badan yang unggul
- Mencegah dan merawat komplikasi akibat diabetes
- Merawat hipertensi (tekanan darah tinggi)
- Mengawal kolesterol darah dan lemak dalam darah
Makanan yang balk untuk pesakit diabetes ialah makanan sihat dan seimbang. Makanan seimbang mempunyai cukup karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin.
- Makan karbohidrat secara terkawal. Sumber karbohidrat termasuklah bijirin seperti beras, roti, mi, ubi-ubian, buah-buahan, susu, dan termasuk juga pelbagai jenis sayuran.
- Sumber protein termasuklah ikan, daging, ayam, sotong dan telur.
- Sumber lemak termasuk minyak zaitun, mentega dan kacang.
- Sumber serat yang baik adalah daripada buah-buahan dan sayuran-sayuran hijau. Vitamin pula terdapat dalam buah¬buahan dan sayur-sayuran.
Makanan untuk pesakit diabetes
Tidak ada makanan yang khas untuk pesakit diabetes dan pesakit boleh menikmati makanan sihat yang dimakan oleh orang lain.
Piramid Makanan Malaysia
Anda tentu telah mengetahui tentang piramid makanan. Piramid makanan merupakan panduan untuk membantu dalam memilih amaun makanan yang terbaik daripada kumpulan makanan.
Rajah di sebelah menunjukkan piramid makanan Malaysia. Aras 1 ialah nasi, roti, mi, bijirin dan ubi-ubian. Aras 2 pula ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Saya lebih cenderung kepada mengubah Aras 1 (mi, nasi, rod) menjadi Aras 2 (sayur, buah) Bagi pesakit diabetes, anda dinasihatkan agar memakan lebih sayur-sayuran mentah dan ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang dan kacang. Sayur¬sayuran berdaun dan serat akan melambatkan lonjakan glukosa dalam darah anda.
Selanjutnya, Aras 3 iaitu ikan, daging, ayam, telur, legume dan nut. Kesemuanya membantu dalam membina otot, tulang, kulit, rambut, kuku, enzim, hormon dan lain-lain. Makanlah secara sederhana. ikan adalah lebih balk keran mempunyai omega-3, dan kurang kolesterol.
Susu, yogurt dan keju kaya dengan nutrien seperti kalsium. Susu, yogurt dan keju baik untuk tulang dan gigi. Pengambilan susu dan daging hendaklah secara sederhana. Utamakan susu rendah lemak. Elakkan susu pekat manis dan susu sejat kerana boleh meningkatkan glukosa darah anda. Aras 4 ialah makanan berlemak, minyak, gula dan garam. Lemak membantu dalam penyerapan vitamin dan jika berlebihan boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan obesiti. Justeru, kurangkan makan makanan berlemak, berminyak, bergula dan bergaram. Pesakit diabetes juga boleh minum air kosong, teh dan kopi tanpa gula.
PERINGATAN!
Elak guna rempah “segera” tetapi gunakan rempah asli seperti lada hitam, bawang putih, bawang, halia dan rempah kari dalam masakan. Dalam erti kata yang lain, makanan hendaklah mengandungi sukatan:-
Karbohidrat (50-60%).
Protein (15-20%).
Lemak (25-30%).
Lain-lain ialah vitamin A, B, C, D, E dan K, galian seperti garam, kalium, kalsium serta serat.
Penting untuk memberi tenaga yang diperlukan oleh badan. Jika pesakit ada masalah buah pinggang, kurangkan makanan mengandungi protein.
Dalam menguruskan pemakanan bagi pesakit diabetes, secara umumnya Panduan Diet untuk Pesakit Diabetes yang disediakan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Zahirah pada tahun 2007 ada membahagikan kepada 3 kumpulan.
3 Kumpulan Makanan Pesakit Diabetes
- Kumpulan makanan yang perlu dielakkan
- Kumpulan makanan yang bebas dimakan
- Kumpulan makanan yang perlu disukat
Kumpulan makanan yang perlu dielakkan
Kumpulan makanan yang perlu dielakkan (kecuali disahkan doktor pakar diet) ialah gula putih, jem, kaya, kordial, coklat, kuih manis, susu pekat manis, madu, glukos, sirap, gula melaka, minuman ringan, gula-gula, halwa, buah di dalam tin/ kering dan semua makanan serta minuman bergula.
Kumpulan makanan yang bebas dimakan
- Kumpulan makanan yang bebas dimakan tetapi dalam kuantiti sederhana ialah air kosong/mineral,
- kopi o tanpa gula, pemanis tiruan, jus limau tanpa gula, minuman dengan sup kosong dan teh cina
- rempah ratus, lada hitam, kari, herba, pudina, pasli; semua jenis sayuran berdaun dan makanan berprotein.
Kumpulan makanan yang perlu disukat.
Manakala kumpulan ketiga ialah makanan yang perlu disukat. Hal ini demikian kerana makanan tersebut mempunyai kanji yang boleh menaikkan paras glukosa dalam darah, iaitu bijirin (roti bijirin penuh, beras perang), sayuran berkanji (kacang pis, jagung manis, lobak, labu, sengkuang, kentang, keledek, ubi kayu, keladi), susu dan buah-buahan (semua jenis).
”Pinggan Sihat”
Kawal Jenis Makanan dan Sukatannya
Dalam menangani penyakit diabetes, saya mendapati mereka yang mengawal makanan dan jenis makanan serta mengawal sukatan makanan berjaya menurunkan berat badan dan sekali gus membantu menurunkan paras glukosa dalam darah.
Pesakit diabetes hendaklah bertindak bijak dalam mengawal selera yang berlebihan supaya tidak makan makanan berlebihan terutama karbohidrat.
Pinggan makan hendaklah diberi tiga petak. Sukatan seperti yang disebutkan di atas ialah cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa melancarkan “Pinggan Sihat” (berukuran 9 inci diameter) beberapa tahun yang Ialu. Malah, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan buku panduan.
Saya yakin jika pesakit diabetes mengamalkan sukatan makanan yang dicadangkan, ramai yang akan dapat menurunkan berat badan mereka dan menurunkan paras glukosa dalam darah. Selain sukatan, pesakit dinasihatkan agar memilih makanan berkhasiat seperti ulam, sayuran berdaun hijau segar dan buah-buahan, daging, ayam atau ikan.
Banyakkan makan sayur mentah.
Ramai pesakit diabetes mengatakan mereka makan sayur dan apabila ditanya jenis sayur yang diambil, mereka mengatakan sayur jenis ubi (tuber) seperti labu, ubi dan lobak merah. Mereka lupa bahawa sayuran berkanji tersebut mengandungi karbohidrat.
Jika anda suka akan sayuran jenis ini, kurangkan karbohidrat yang lain.
Dalam Model Pinggan Sihat, terdapat 3 pinggan dan setiap pinggan mempunyai makanan serta minuman yang berbeza untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makanan dan minuman yang dihidangkan berserta bilangan kalori setiap hidangan dapat dilihat dalam jadual di sebelah.
Jika anda menambah bilangan sajian seperti mengambil minum pagi dengan air teh 0 (tanpa gula-0 kcal) dan satu karipap (100 kcal) dan minum petang air teh 0 tanpa gula dan sekeping kuih manis (100 kcal), anda menambah 200 kalori dan menjadikan jumlah kalori yang diambil ialah 1 530 kcal. Pakar diet mencadangkan seorang dewasa hendaklah makan makanan yang mempunyai 1.500 hingga, 2 000 kalori sehari.
Jika anda makan Iebih daripada keperluan kalori yang diperlukan oleh badan anda dan tidak membakarnya, sudah tentu kalori berlebihan itu akan menjadi lemak di dalam badan anda dalam masa terdekat.
PERINGATAN!
Pesakit diabetes dinasihatkan tidak mengambil makanan atau minuman bergula supaya kandungan glukosa dalam darah dapat diturunkan. Perlu diingat, gula ialah karbohidrat ringkas. Justeru, pesakit dinasihatkan mengawal pengambilan karbohidrat dengan mengurangkan sukatannya.
Contoh makanan dan buah-buahan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, mi, roti dan pelbagai jenis (termasuk capati, tosai, roti canal), betik, epal, anggur dan lain-lain lagi. Untuk makluman, satu cawan nasi misalnya mempunyai kandungan 3 sudu gula.
Jika boleh, elakkan makanan bergoreng kerana minyak akan menambahkan kalori sesuatu makanan. Sebagai contoh, sebiji pisang mempunyai 60 kalori tetapi apabila digoreng, pisang itu menambah kalori menjadi 195 kalori.
Maka, yang berbeza hanya pada cara masakan. Justeru, elakkan makanan bergoreng. Utamakan makanan yang dimasak dengan cara kukus, bakar, atau singgang. Banyakkan makan makanan berserat seperti sayur-sayuran berdaun.
Pengambilan buah-buahan walaupun digalakkan kerana mempunyai serat dan vitamin, hendaklah mempunyai sukatan supaya anda tidak makan terlalu banyak buah dalam satu sajian. Hadkan makan sayur-sayuran berkanji seperti ubi dan labu kerana sayuran ini juga mempunyai karbohidrat.
Waktu Makan dan Sajian
Jagalah waktu makan agar anda semua mendapat metabolisme yang baik. Pakar nutrisi ada mencadangkan 6 kali makan (sajian) sehari iaitu:
- Sarapan
- Minum pagi.
- Makan tengah hari.
- Minum petang.
- Makan malam.
- Minum sebelum tidur.
Ada juga mencadangkan makan 3 kali sehari iaitu:
- Makan sarapan pagi.
- Makan tengah hari.
- Makan malam.
Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada anda. Dapatkan nasihat doktor tentang pelan pemakanan yang sesuai. Hal ini kerana jumlah kalori yang diperlukan sehari itu hendaklah diagih kepada bilangan makan/ sajian/hidangan.
Pesakit diabetes juga hendaklah peka kepada terma satu hidangan sajian. Setiap satu hidangan mempunyai kalori. Jika purata kalori yang perlu diambil untuk satu hari 1 500-2 000 kcal, maka anda hendaklah mengagihkan semua kalori itu dengan bilangan berapa kali anda makan.
Jika jumlah kalori yang diperlukan 1 500 kcal dan anda makan tiga kali sehari, ini bermakna:
- Sarapan: 500 kcal
- Makan tengah hari: 500 kcal
- Makan malam: 500 kcal
Perlu diingatkan, makan malam hendaklah selesai 3 jam sebelum anda masuk tidur dan waktu yang sesuai adalah di antara 7.00 malam hingga 8.0o malam. Jika anda masuk tidur jam 11.00 malam, makan malam anda hendaklah selesai pada jam 8.00 malam. Jika anda lapar pada jam 10.00 malam, minum satu cawan
Pengiraan Karbohidrat
Menyentuh mengenai sajian, kita tidak dapat lari daripada tajuk pengiraan karbohidrat (carbohydrate counting). Penting untuk mengenal pasti karbohidrat dalam makanan kerana karbohidrat boleh menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah.
Makanan yang mempunyai karbohidrat ialah bijirin, buah-buahan, susu, kekacang, dan gula ringkas. Pengambilan karbohidrat yang dibuat secara konsisten sangat penting.
Mengapakah penting kita mengira pengambilan karbohidrat?
Hal ini demikian kerana setiap amaun karbohidrat yang kita makan akan menentukan berapa tinggi paras gula dalam darah. Setelah kita selesai makan, karbohidrat ini juga yang akan diuraikan menjadi gula.
Justeru “pengiraan karbohidrat” ialah satu cara atau kaedah perancangan pemakanan bagi penghidap diabetes berdasarkan berapa gram karbohidrat yang diambilnya.
Telah ditetapkan 1 sajian = 15 gram karbohidrat. Setiap orang memerlukan jumlah karbohidrat yang berbeza dan ini hendaklah diagih secara teratur dalam sehari bagi mengelak kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak. Contohnya anda merangka berapa sajian bijirin, sayuran berkanji, kekacang, buah¬buahan dan susu yang diperlukan setiap hari. Selain kaedah ini, anda boleh menggunakan panduan kalori yang diperlukan dalam sehari bagi merancang hidangan harian anda.
Panduan Makanan Untuk Pesakit Diabetes di Bulan Ramadan
Waktu makan dalam bulan puasa berbeza dengan hari-hari biasa. Bagi pesakit yang beragama Islam dan berpuasa pada bulan Ramadan, mereka hendaklah peka kepada waktu sahur dan berbuka puasa kerana kealpaan boleh mengakibatkan hipoglisemia jika tidak berwaspada dengannya.
Penyesuaian masa makan dan masa mengambil ubat serta menyuntik insulin atau bersenam hendaklah dibuat dengan cekap Pesakit dinasihati mengambil perhatian mengenai:
- Simptom kehilangan air (dehydration).
- Komplikasi yang lain.
PESAKIT DIABETES BERPUASA
Dalam mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadan, berikut ialah langkah-langkahnya:-
- Jangan tinggalkan sahur. Sahur hendaklah mengandungi hidangan yang seimbang dengan karbohidrat dan diambil sebelum imsak bagi mengelak berpuasa lama.
- Jangan lewatkan berbuka puasa. Semasa berbuka,hadkan mengambil makanan bergula seperti kuih-muih. 1-2 biji kurma dan air sudah mencukupi. Makan berat sikit selepas selesai menunaikan solat maghrib.
- ‘Supper’ selepas solat terawih dibolehkan.
- Jangan lupa makan buah sewaktu berbuka dan sahur.
- Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan makanan mengandungi garam yang tinggi.
- Minum air secukupnya agar tidak berlaku kekurangan air dan kering di dalam badan.
- Pengambilan ubat (tablet) dan insulin juga hendaklah disesuaikan mengikut arahan doktor.
- Jangan lupa memantau paras glukosa dalam darah anda.
Jika paras glukosa darah <3.0 mmol/L atau terdapat simptom hipoglisemia, pesakit hendaklah berbuka puasa walaupun waktu berbuka belum tiba lagi. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, minta nasihat doktor dan mungkin doktor akan mengurangkan dos ubat-ubatan.
Panduan Pemakanan Rasulullah
Saya ingin menyentuh aspek panduan pemakanan Rasulullah, apa-apa yang dicatatkan sebagai makanan sihat adalah sesuai dengan panduan pemakanan Rasulullah.
Apabila kita bercerita mengenai perkara ini, bukan sahaja melibatkan jenis makanan, masa makan, cara malah kawal pengambilan makanan serta pastikan makanan itu bersih, halal dan tidak memberi mudarat kepada anda. Hal ini demikian kerana bukan semua makanan bersih dan halal sesuai untuk semua orang.
Oleh sebab itu, Allah memberi pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh kita pilih bergantung pada kesesuaian dengan kita. Selain itu, Rasulullah pernah bersabda, “Makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.” lni ialah panduan bagi setiap penghidap supaya sentiasa mengawal porsi makanan dan tidak memakan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang.
Pakar nutrisi memberi hujah sokongan saintifik dengan mengemukakan tentang kebaikan makanan, kandungan, khasiat, kalori dan lain-lain. Rasulullah juga mencadangkan supaya berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Amalan ini bukan sahaja memberi pahala kepada pengamal (orang Islam) tetapi juga dapat memberi manfaat untuk mengurangkan makan dan mengawal nafsu makan. Berpuasa boleh mengurangkan berat badan dan sekali gus mengurangkan risiko diabetes termasuk mereka yang bukan beragama islam yang mengamalkannya.
Selain itu, makanan seperti madu, habbatus sauda, oat, barli, susu, buah-buahan seperti anggur, delima, tembikai, mentimun dan kurma sangat disukai oleh Rasulullah. Mereka yang sihat dan tidak berpenyakit boleh mengambilnya tanpa ragu-ragu.
Bagi yang sudah menghidap diabetes, anda hendaklah berwaspada, jangan ambil terlalu banyak terutama yang manis-manis. Misalnya, buah kurma. Bagi pesakit diabetes, dinasihatkan mengambil dua biji kurma sahaja pada satu-satu masa.
Apabila anda sudah menghidap diabetes perlu diingatkan, porsi makanan berkarbohidrat tinggi dan manis atau buah-buahan manis hendaklah dikurangkan sesuai dengan keadaan diri sendiri. Ini penting bagi mengurangkan atau mengawal paras glukosa dalam darah anda.
Kalori (kcal)
Menyentuh pasal sajian, saya ingin menekankan agar anda memahami makanan yang anda makan. Makanan seperti bijirin (beras), buah-buahan, susu, ubi-ubian, kekacang dan gula semuanya mempunyai karbohidrat kompleks.
Jika anda makan kesemuanya tanpa sukatan dan berlebihan, ini akan memberi kesan peningkatan glukosa darah anda. lni tidak baik untuk kesihatan anda. Bagi memberi gambaran yang jelas, satu sajian makanan (serving) berikut mempunyai karbohidrat dan setiap unit mempunyai 75 kcal.
Purata pengambilan kalori bagi individu beraktiviti sederhana yang disyorkan ialah 1500-2000 kalori sahaja. Anda boleh mengira sendiri anggaran kalori yang badan anda perlukan setiap hari menggunakan formula yang mudah seperti berikut:-
Keperluan kalori = berat(kg) x jumlah kalori(kg)/hari(kcal)
Jika keperluan kalori setiap hari bagi setiap kilogram berat badan dianggarkan 20-25 kcal, dan berat anda 68 kg, maka 68 kg darab 25 kcal (anda boleh pilih angka di antara 20 hingga 25). Jawapannya ialah 1 700 kcal. Formula ini sangat ringkas.
Jika anda inginkan yang lebih terperinci, yang mengambil kira umur, jantina dan kadar keaktifan, sila layari laman-laman sesawang berikut iaitu www.calculator.net, www.wikihow.com atau www. dummies.com dan lain-lain.
Berbalik kepada jadual makanan yang tinggi kalori, anda hendaklah membuat intervensi kepada menu di atas dengan mengurangkan kalori yang diambil. Kurangkan sukatan makanan atau elakkan makanan yang banyak kalori ialah satu tindakan yang bijak.
Untuk mengurangkan kalori, saya mencadangkan agar dikurangkan seperti berikut.
Sarapan
- Sambal bilis dan nasi boleh dikurangkan daripada 2 senduk/ sudu kepada satu senduk/sudu sahaja.
- Teh 0 tanpa gula sebagai pilihan.
Minum petang
- sebiji karipap dan air kosong saja.
Apabila anda memahami sukatan dan kalori (tenaga), maka senanglah bagi anda menganggarkan makanan apa yang perlu diambil dan berapa banyak (sukatan) atau sebaliknya.
Pesakit diabetes harus faham tentang makanan jenis karbohidrat ini. Jika anda mengambil makanan berkarbohidrat tinggi, makanan tersebut akan menaikkan glukosa darah dengan cepat. Penting untuk anda belajar mengenai sukatan dan kalori sesuatu sukatan makanan.
Kata orang, gula ialah penyebab diabetes. Kenyataan ini tidak tepat. Gula sebenarnya bukan penyebab kepada diabetes kerana diabetes disebabkan kerosakan atau “disorder” terhadap sistem endokrin seseorang yang menghasilkan kurang insulin.
Tetapi apabila seseorang sudah menghidap diabetes, pesakit diabetes dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan karbohidrat terutama yang manis dan bergula.
Sebagai contoh, Satu cawan nasi putih mempunyai 3 sudu gula (walaupun nasi itu bukan gula). Bayangkan kalau anda makan 3 cawan nasi putih satu hari, ini bermakna anda telah mengambil 9 sudu gula. Ini juga bermakna, anda terlebih 1 sudu gula.
Jika anda makan lagi kuih¬muih manis dan minum air bergula atau bersusu pekat manis, anda menambah lagi gula dalam darah anda. Oleh itu, elak minum minuman bergula atau berisi susu pekat. Utamakan air kosong kerana air kosong tidak ada kalori.
[/vc_column_text][vc_single_image image=”16219″ img_size=”300×200″ alignment=”center”][vc_column_text]
Tidak sah jika saya tidak menyentuh mengenai makanan segera dan ‘fast food’ yang menjadi kegemaran orang muda. Makanan segera memang mempunyai kalori yang tinggi.
Makanan seperti burger (daging atau keju) mempunyai kalori yang tinggi dan mempunyai karbohirat yang tinggi berbanding dengan yang lain. Oleh itu, berhati-hati dalam pengambilannya.
Saya mempunyai kawan yang obes. Dia memberitahu saya, bagi mengurangkan berat badan, dia tidak lagi makan nasi putih tetapi makan burger. Dia makan empat burger dalam satu sajian.
Padanya, tidak makan nasi boleh menurunkan berat badan dan menukar dengan roti berdaging (burger). Di sini ternyata dia tidak mempunyai makiumat tentang kalori dan kandungan karbohidrat dalam burger. Dia tersilap perkiraan. Saya menasihatinya agar mengurangkan pengambilan burger kalau dia ingin mengurangkan berat badan.
Dalam pada itu, apabila membeli-belah di pasar raya, sentiasa cakna atau prihatin tentang label makanan. Misalnya, nama¬nama seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, Iaktosa, maltosa, molases, sorbitol, manitol, madu, nektar, sirap maple, sirap jagung fruktosa tinggi. Walaupun tidak ditulis sugar (gula), makanan tersebut mempunyai kandungan glukosa (gula).
Begitu juga tentang kandungan garam tersembunyi yang terdapat dalam makanan atau sos seperti sambal cili, mayones, sos, bovril, MSG, belacan, kiub ayam, sos tiram, ketchup, sos cili, kicap dan sebagainya. Kesemua ini mempunyai garam tersembunyi dan boleh menaikkan tekanan darah anda. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilannya.
MINUM KETIKA PANAS
Bercakap tentang makanan dan minuman manis serta masin, bagi mengelakkan minum air bergula, anda hendaklah minum ketika minuman tersebut masih panas kerana apabila panas, gula yang digunakan sedikit sahaja. Tetapi apabila anda meminum minuman sejuk, kegunaan gula akan bertambah kerana jika gula sedikit, anda tidak akan rasa manisnya berbanding ketika minuman itu masih panas.
Begitu juga dengan sup. Bagi mengelakkan penggunaan garam berlebihan, anda dinasihatkan minum atau hirup sup ketika masih panas kerana sup memang sudah terasa garamnya. Jika anda minum sup ketika sudah sejuk, bukan sahaja anda akan dapati lemak di atas permukaan sup tersebut, malah sup tidak masin dan membuatkan anda menambah garam lagi.
Trend mengambil dessert tidak menggalakkan penurunan bilangan pesakit diabetes. Justeru, pesakit diabetes hendaklah berwaspada tentang kandungan gula dalam makanan mereka agar paras glukosa dalam darah dapat dikawal.
‘Glycemic Index’ dan ‘Glicemic Load’
Pesakit diabetes digalakkan mengambil air putih kerana tidak ada kalori. Ini dapat membantu pesakit diabetes menurunkan paras glukosa dalam darah. (GI) DAN (GL)
Bercakap pasal diet dan pemakanan, saya ingin bercerita tentang dua ungkapan yang perlu difahami oleh pesakit diabetes, iaitu
- Glycemic index.
- Glycemic load.
Glycemic index (GI)
(GI) ialah ukuran kesan daripada karbohidrat pada paras glukosa darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat semasa proses pencernaan, melepaskan glukosa dengan cepat memiliki GI yang tinggi. Karbohirat yang memecah lambat, melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah memiliki GI rendah. Indeks ini memiliki 0-100. Makanan yang mempunyai serat yang tinggi mempunyai GI yang rendah.
Makanan dan minuman yang mempunyai GI tinggi sering dikaitkan dengan hiperglisemia. lni boleh membuat seseorang itu Iebih cenderung untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular mahupun kanser jika diambil berlebihan. Namun, walaupun sesuatu makanan itu mempunyai GI tinggi tetapi jika diambil dengan berhati-hati, tidak berbahaya.
Walau bagaimanapun bagi pesakit diabetes, makanan GI tinggi harus dielakkan atau dihadkan sukatannya.
Glycemic load (GL)
(GL) pula ialah satu ukuran baharu untuk mengukur impak pengambilan karbohidrat (yang telah mengambil kira GI).Ini memberi gambaran Iebih menyeluruh daripada ukuran GI. Nilai GI memberi petunjuk bagaimana cepatnya karbohidrat bertukar kepada glukosa tanpa merujuk kepada sukatan atau kuantiti karbohidrat dalam satu sajian.
GL pula dapat memberi gambaran secara Iebih luas kerana GL mempertimbangkan sukatan atau kuantiti karbohidrat yang telah diambil. Glycemic Index dan Glycemic Load ini ialah panduan sahaja. GI dan GL bukanlah strategi utama untuk pengurusan pemakanan bagi penghidap diabetes. Strategi penting ialah pemantauan pengambilan jumlah karbohidrat bagi rnencapai glycemic control.
Apa yang penting ialah pesakit diabetes mengambil makanan karbohidrat secara terkawal. Perlu diingat bahawa karbohidrat meliputi bijirin, buah-buahan, susu, ubi, kekacang (pulses, beans, legumes) dan gula ringkas. Anda boleh mempelajari jumlah kalori bagi setiap makanan dan minuman. Makanan dan minuman yang mempunyai GI tinggi sering dikaitkan dengan hiperglisemia
TIPS UNTUK MENGAMBIL MAKANAN GLYCEMIC INDEX RENDAH
- Makan banyak sayuran (non-starch), kekacang dan buah seperti epal, pear, pic, beri, pisang dan mangga.
- Makan makanan berserat sekurang-kurangnya 20-30 gm/hari (dua cawan) kerana makanan berserat boleh menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan boleh mengawal paras glukosa dalam darah. Contoh bijirin, kekacang, sayur-sayuran (non-starch), buah-buahan, legum, bean, nut (kekacang), dan bijian.
- Makan bijirin yang tidak diproses seperti barli dan oat.
- Hadkan makan kentang dan makanan yang diperbuat daripada tepung.
- Hadkan pengambilan makanan bergula seperti aiskrim, cokiat, kuih manis dan air manis. Jika boleh, elakkan mengambil makanan dan minuman manis.
- Makan protein yang baik seperti kekacang, ikan atau ayam yang dibuang kulit.
- Pilih makanan yang mempunyai lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang dan kurangkan mengambil lemak binatang (animal fat).
- Makan 3 sajian utama dan 2 snek. Jangan abaikan sarapan.
- Pengambilan karbohidrat hendaklah konsisten setiap hari dan hendaklah diagih secara baik dalam sehari bagi mendapat kawalan glukosa darah yang balk.
- Makan secara perlahan-lahan dan berhenti sebelum kenyang.
- Melakukan senaman sekurang¬kurangnya 150 minit dalam seminggu.
Garis Panduan untuk Diabetes
Garis panduan “Medical Nutrition Therapy Guidelines for Type 2 Diabetes Mellitus” (2013) menyentuh pemakanan dalam konteks mencegah dan mengurus diabetes.
Skopnya termasuk cadangan nutrien (karbohidrat, serat, protein), kawalan berat badan, aktiviti fizikal, pengambilan ubat dan pemantauan glukosa darah. Panduan itu juga mencadangkan beberapa had tentang pengambilan serat dan protein oleh pesakit diabetes.
CADANGAN GARIS PANDUAN PEMAKANAN DIABETES
- Pengambilan karbohidrat hendaklah konsisten setiap hari dan diagihkan kepada 3-4 sajian sehari.
- Pengambilan makanan berserat ialah 20-30 g/hari. Sumber serat ialah bijirin, sayuran, buah, legum, kacang
- dan kekacang serta bijian.
- Pengambilan protein bagi pesakit diabetes yang normal biasanya 15-20% daripada pengambilan tenaga. Turut dicadangkan sumber protein diambil daripada daging (tanpa lemak), ikan, ayam (tanpa kulit) dan protein soya.
Skopnya termasuk cadangan nutrien (karbohidrat, serat, protein), kawalan berat badan, aktiviti fizikal, pengambilan ubat dan pemantauan glukosa darah. Panduan itu juga mencadangkan beberapa had tentang pengambilan serat dan protein oleh pesakit diabetes.
- Bagi pesakit diabetes yang telah mempunyai komplikasi buah pinggang, dinasihatkan agar mengehadkan pengambilan protein kepada 0.8-1.0 glkg berat badan/ sehari.
- Jika berat anda 70 kg, maka berat protein yang boleh diambil sehari ialah 70 g. Jika anda makan tiga kali, setiap kali makan, anda boleh ambil 23 g protein sahaja.
- Pengambilan lemak juga hendaklah dihadkan. Misalnya, lemak tepu <7% daripada pengambilan tenaga, lemak trans <1% daripada pengambilan tenaga, dan diet kolesterol <200 mg/hari.
- Hadkan pengambilan garam kepada <2400 mg/hari.
Pengambilan makanan untuk pesakit diabetes juga menyumbang kepada penambahan atau pengurangan berat badan anda. Oleh itu, tip terbaik untuk kawalan berat ialah kawal saiz sukatan makanan, dan ubah suai cara masakan anda misalnya, daripada bergoreng kepada panggang, bakar atau kukus. lni untuk mengurangkan tenaga yang bakal diambil.
Selain itu, elakkan mengabaikan waktu makan utama, kawal jenis makanan dan tingkatkan metabolisme anda melalui senaman yang tetap.
Ramai pesakit diabetes yang berumur >60 tahun yang saya jumpa dan berbual, tidak mahu lagi berpantang kerana banyak usaha telah dibuat seperti makan ubat atau suntik insulin, namun keadaan glukosa dalam darah masih lagi tinggi.
Walaupun mereka mengamalkan pemakanan sihat, mereka mungkin kecewa dengan keadaan mereka yang telah menunjukkan komplikasi retinopathy (mata), neuropathy (saraf) dan nephropathy (buah pinggang) dan kemungkinan amputasi kaki amat digeruni.
Menyedari hakikat ini, kursus atau kaunseling khas hendaklah diberikan secara berkala kepada mereka yang mempunyai sikap mengalah ini, juga keluarga terdekat dan menunjukkan amalan klinikal yang terbaik dalam mengurus penyakit diabetes ini kepada mereka. Saya juga berharap anda tidak akan patah semangat untuk meneruskan hidup dan jangan lupa, amalkan cara pemakanan sihat.